Skip to main content

Bola Sepak

Lyon sedia lepaskan Lacazette

17517alexlacazette.jpg
Pengerusi Lyon, Jean-Michel Aulas, bersedia untuk menerima tawaran lumayan jika memenuhi kehendak pasukan untuk menandatangani penyerang, Alexandre Lacazette, pada penghujung musim ini.

Pemain berusia 25 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang bagi musim 2016-17, dengan meledak 26 gol dalam 29 penampilan Ligue 1 dan persembahannya berjaya memikat beberapa kelab gergasi Eropah.

Kelab seperti Arsenal, Borussia Dortmund dan Atletico Madrid berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang prolifik itu jika dia bersedia meninggalkan Lyon.

"Jika kelab mampu menawarkan tawaran yang mengikut kehendak pasukan bagi mendapatkan Lacazette, kami akan menerimanya," kata Aulas.

"Jika tidak, ia bergantung kepada aktiviti yang berlaku ketika jendela perpindahan dibuka.

"Kami akan cuba mendapatkan pemain-pemain yang sesuai dengan gaya permainan Lyon."

Advertisement

Must Watch Video