Lyon menolak laporan bahawa mereka telah bersetuju menjual pertahanan, Ferland Mendy, kepada Real Madrid.
Pemain kebangsaan Perancis itu telah dikaitkan bakal menyertai gergasi LaLiga itu dengan yuran perpindahan EURO50 juta (RM234 juta) selepas dua musim bersama Lyon.
Bagaimanapun, kelab Ligue 1 itu menolak laporan tersebut yang menyatakan mereka sudah bersetuju untuk menjual pertahanan kiri itu kepada Real.
"Olympique Lyonnais menolak laporan mengenai kelab sudah bersetuju menjual Mendy kepada Real Madrid," kata satu kenyataan kelab itu menerusi laman Twitter.
Zinedine Zidane sudah mula membentuk semula pasukan selepas musim 2018-19 yang mengecewakan dalam saingan LaLiga apabila ketinggalan 19 mata kepada juara, Barcelona.
Mereka menandatangani pennyerang, Luka Jovic, dari Eintracht Frankfurt semalam dan dijangka membawa masuk bintang Chelsea, Eden Hazard.