Lyon menafikan laporan akhbar Perancis bahawa mereka mendekati Laurent Blanc bagi menggantikan pengurus yang di bawah tekanan, Bruno Genesio.
Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas, minggu lalu mendedahkan kelab itu tidak akan menawarkan kontrak lanjutan kepada Genesio sungguhpun dia pada awalnya hampir ditawarkan kontrak selama dua tahun berikutan kejayaan membawa anak buahnya ke perlawanan akhir Coupe de France.
Bagaimanapun, Lyon ditewaskan 2-3 oleh Rennes dalam aksi separuh akhir yang mendebarkan di tempat sendiri dan secara tidak langsung, Genesio gagal memenuhi syarat yang ditetapkan untuk membolehkannya memperbaharui kontrak yang menetapkan Lyon harus beraksi dalam final di Stade de France serta meraih tempat ketiga Ligue 1.
Lyon menduduki tangga ketiga, enam mata dijarakkan dengan pencabar terdekat, Saint-Etienne, untuk merebut tiket Liga Juara-Juara (UCL).
Akhbar Perancis, L'Equipe, mengaitkan Lyon telah menghubungi Blanc -- tidak memangku sebarang jawatan sejak meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) pada 2016 -- dengan tujuan untuk melantiknya menjelang kempen baru tetapi semalam, kelab itu mengeluarkan satu kenyataan yang dengan tegas menafikan dakwaan tersebut.
Satu kenyataan yang diterbitkan di laman sesawang mereka berbunyi: "Lyon dengan tegas menyangkal dakwaan telah menghubungi Laurent Blanc atau mana-mana jurulatih yang lain. Ia bertentangan dengan dakwaan yang dibuat L'Equipe.
"Keseluruhan kelab ini fokus kepada baki saingan musim ini dengan matlamat tunggal kami adalah untuk meletakkan Bruno Genesio dan barisan pemainnya dalam keadaan terbaik untuk layak ke UCL.
"Malang sekali sebuah kelab yang beraksi dalam pusingan 16 UCL dan separuh akhir Coupe de France musim ini selain dalam perlumbaan untuk kelayakan sebuah pertandingan paling penting dalam sukan, perlu berhadapan dengan penyebaran maklumat palsu yang hanya akan menjejaskan kestabilannya."
Lyon akan bertandang ke Nantes bagi aksi Ligue 1, awal pagi Sabtu ini.