Penjaring tunggal dalam aksi di antara Selangor dan Kelana United dalam saingan Liga Wanita Nasional (LWN), Lauren Hoh, adalah pesona yang wajar diberikan perhatian.
Dia yang baru sahaja menamatkan persekolahannya di Thailand dan kini menghitung hari sebelum menyambung pengajian di Amerika Syarikat dan merupakan antara aset yang cukup unik buat kancah bola sepak wanita negara.
Lauren mempamerkan gerakan menarik sepanjang 90 minit di Stadium Cheras dan peluang pada minit ke-88 tidak di sia siakan untuk meletakkan Kelana United di depan untuk mengutip 3 mata penuh dalam aksi pembukaan musim ini.
"Ia adalah permulaan yang baik dan merupakan perlawanan yang kompetitif, saya rasa ini adalah penanda aras untuk memperbaiki sebarang kekurangan.
"Masih banyak yang perlu diperbaiki dari aspek individu dan pasukan, saya melihat kehadapan untuk terus maju.
"Bola sepak adalah minat saya sejak dari kecil, banyak kesukaran yang telah saya lalui untuk sampai di tahap ini. Orang mungkin akan terus memberikan komen tetapi itu adalah separuh daripada bola sepak. Saya akan terus melakukan apa yang saya inginkan." katanya.