Kekecewaan gagal menjulang Piala FA 2019 bukan untuk ditangisi, sebaliknya menjadi pembakar semangat kepada skuad Perak untuk bangkit semula mempertahankan gelaran Piala Malaysia yang dimenangi musim lalu.
Pengendali Perak, Mehmet Durakovic, berkata kekalahan 0-1 di tangan Kedah dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lalu, akan dijadikan pengajaran berguna kepada pemain bagi memastikan kegagalan tidak berulang.
"Memang sukar untuk pemain menerima kekalahan (Piala FA) seperti itu. Ia memang kejam tetapi kami tidak boleh melawan ketentuan takdir. Inilah bola sepak.
"Apapun, hidup perlu diteruskan dan saya berharap pemain dapat melupakan kekecewaan itu dan memberi tumpuan terhadap mempertahankan mahkota Piala Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh, hari ini.
Perak menjuarai Piala Malaysia musim lalu, seterusnya menamatkan penantian 18 tahun selepas menumpaskan Terengganu menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 di Stadium Shah Alam, Oktober tahun lalu.
Bagi kempen Piala Malaysia 2019, skuad The Bos Gaurus diundi dalam Kumpulan C bersama-sama juara Liga Perdana, Sabah di samping Pahang dan Pulau Pinang.
Perak akan melayan kunjungan Sabah dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan di Stadium Perak, Ahad ini.
Mengulas aksi bertemu Sabah, jurulatih kelahiran Australia itu mengakui skuad kendalian Jelius Ating itu bukan calang-calang pasukan kerana mereka merupakan juara Liga Perdana 2019.
Sehubungan itu, Durakovic mahu anak buahnya kekal fokus dan tidak bersikap terlalu yakin dalam memastikan kemenangan pertama berjaya dilakar meskipun mereka mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri.
"Sabah pasukan yang bagus. Jika tidak, mana mungkin mereka boleh muncul juara Liga Perdana musim ini. Pemain silap besar jika menganggap mudah perlawanan pertama ini."
-- BERNAMA