Skip to main content

Bola Sepak

Lupakan kekecewaan lalu, fokus saingan liga -- Jelius

img-20181004-wa0043.jpg

Pemain-pemain Sabah perlu cepat melupakan kekecewaan lalu, sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya kepada aksi Liga Perdana bertemu Selangor United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, petang ini.

Ketua jurulatih skuad Tambadau, Jelius Ating, berkata kekalahan 0-1 kepada Kelantan United dalam saingan pusingan kedua Piala FA, Rabu lalu, memang sesuatu yang amat mengecewakan, namun mereka perlu cepat melupakannya bagi meneruskan kempen musim ini yang masih panjang.

Advertisement

"Kekalahan itu memang mengecewakan tetapi ia sudah berlalu dan tiada apa yang boleh dilakukan untuk mengubahnya.

"Apapun, kami masih boleh ubah sikap dan prestasi untuk lebih positif, ini perlu kerana kami masih ada saingan Liga Perdana untuk diberi tumpuan," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu, malam tadi.

Jelius berkata perlawanan bertemu Selangor United adalah satu ujian getir buat pasukan itu selepas tersingkir daripada Piala FA.

Katanya, pemain perlu memberi persembahan terbaik dalam perlawanan petang nanti bagi memastikan mereka merampas semula takhta liga daripada Johor Darul Ta'zim II (JDT II).

"Selangor United telah memberi masalah kepada pasukan Liga Super Kedah dalam saingan Piala FA. Sebab itu kami kena bersedia dan perlu memberikan persembahan terbaik jika mahu dapatkan keputusan positif," katanya.

 

Must Watch Video