Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, kecewa dengan kekalahan 4-3 di tangan Terengganu FC di Ipoh malam tadi tetapi dalam masa sama yakin The Bos Gaurus mampu pergi jauh dalam Piala Malaysia, musim ini.
Baginya, kebangkitan Perak di penghujung permainan bagaikan petanda mereka masih lagi mempunyai sentuhan untuk mencipta sesuatu di dalam kejohanan ini.
"Malam ini (semalam), semuanya tidak menjadi, banyak melakukan kesilapan. Terengganu pula sebaliknya, menterjemah semua peluang yang ada. Itu bezanya malam ini.
"Hanya 20 minit terakhir barulah Perak berjaya memecah kebuntuan menjaringkan tiga gol dan hampir juga mengikat kedudukan.
"Walaupun pahit dan ia bukan alasan, saya terpaksa menukar strategi pasukan di saat-saat akhir," katanya.
Ketua pasukan, Mohd Nasir Basharuddin, cedera manakala Amirul Azhan Aznan baru pulih daripada kecederaan. Kenny Pallraj dibawa masuk tetapi ini memang sedikit-sebanyak memberi kesan kepada keseluruhan taktikal pasukan.
"Tetapi, tidak perlu risau kerana saya yakin Perak mampu melangkah jauh dalam kejohanan
ini. Kita lupakan cerita malam ini, apa yang penting persiapan perlu dibuat untuk perlawanan akan datang," ujarnya.