Inter Milan mengesahkan bahawa Romelu Lukaku akan berehat sekurang-kurangnya seminggu selepas mengalami kecederaan paha.
Penyerang Belgium itu mengalami kecederaan berkenaan dalam sesi latihan hujung minggu lalu dan akan kembali menjalani pemeriksaan minggu depan tetapi sepanjang tempoh itu, dia akan terlepas dua perlawanan penting buat Nerazzurri.
Lukaku tidak akan terlibat dengan perlawanan Serie A menentang Cremonese awal pagi esok selain terlepas aksi 'derby' menentang AC Milan hujung minggu ini.
Pemain yang dipinjam daripada Chelsea itu turut kelihatan akan terlepas aksi pembukaan Inter dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Bayern Munich minggu depan.
Inter kini mengumpulkan enam mata daripada tiga perlawanan pertama Serie A musim ini, di mana mereka menewaskan Lecce dan Spezia sebelum tewas kepada Lazio, Sabtu lalu.

10 - Since Romelu #Lukaku joined Inter (since 2019/20):
— OptaPaolo ? (@OptaPaolo) August 21, 2022
⚫️? Only 2 strikers to have collected at least 10 assists each other combined in Serie A
⚫️? Only 2 Inter players to have collected at least 10 assists each other combined in Serie A
Lu-La. pic.twitter.com/GhU2JWwd31