Pengurus Inter Milan, Antonio Conte, berkata bintang penyerangnya, Romelu Lukaku, perlu berlatih lebih banyak untuk mendapatkan bentuk fizikal terbaik.
Pemain itu tidak dapat menyinar ketika Inter tewas 1-2 kepada seteru Serie A, Juventus, dalam 'Derby d'Italia' di San Siro awal pagi semalam.
Lukaku, yang merupakan pembelian termahal Inter daripada Manchester United sebelum jendela perpindahan lalu ditutup, kembali tersenarai sebagai kesebelasan utama selepas tidak diturunkan ketika tewas kepada Barcelona dalam Liga Juara-Juara Eropah, Khamis lalu kerana mengalami kekejangan otot.
Ditanya mengenai Lukaku, Conte memberitahu wartawan: "Romelu sememangnya pemain yang perlu berlatih lagi kerana sebagai pemain yang bertubuh besar, dia perlu berlatih, bermain dan berada pada bentuk yang baik.
"Sejak permulaan musim, dia mengalami isu kecederaan belakang dan sekarang, dia sedang mengatasi satu lagi masalah 'quadricep' sejak pertemuan dengan Lazio.
"Tetapi saya fikir dia telah memberikan segala-galanya, kami terpaksa merehatkannya ketika bertemu Barcelona dan amat penting untuk kami memilikinya dalam pasukan. Kami tidak memilikinya (ketika itu).
"Bagaimanapun, Romelu amat komited. Dia cuba melakukan yang terbaik dan sekarang, berharaplah dia boleh mengangani isu kecil itu dan beraksi 100 peratus," katanya.
Lukaku menjaringkan tiga gol sejak menyertai Inter daripada United dengan yuran perpindahan dilaporkan €80 juta (RM367.3 juta) Ogos lalu.