Romelu Lukaku mencetuskan impak serta-merta dalam penampilan pertamanya dalam seragam Inter dengan meledak empat gol ketika mengatasi Virtus Bergamo.
Pemain antarabangsa Belgium itu melengkapkan perpindahannya daripada Manchester United minggu lalu dengan kesepakatan bernilai £73 juta (RM367.7j) untuk menamatkan spekulasi masa depannya yang telah berlarutan selama beberapa minggu.
Dia diketepikan dalam kempen pramusim The Red Devils selain tidak terlibat ketika Inter berdepan Valencia untuk aksi persahabatan, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, dia muncul sebahagian daripada rombakan besar dalam pertemuan keamatan rendah dengan wakil Serie D, Bergamo, malam tadi.
Memakai jersi bernombor 9, yang sebelum ini disarung Mauro Icardi, Lukaku memberi impak sulungnya dengan menjaringkan separuh daripada gol Inter dalam kemenangan 8-0 itu.
Matias Vecino dan Sebastiano Esposito, yang turut memerlukan minit permainan, masing-masing menyumbat gol berganda bagi melengkapkan kemenangan tersebut.
Inter bakal memulakan kempen Serie A dengan menentang Lecce di laman sendiri, 26 Ogos ini.