Romelu Lukaku mengambil langkah besar untuk menyertai Inter Milan apabila ejennya mengesahkan penyerang Manchester United itu sedang dalam perjalanan ke bandaraya Itali itu.
Masa depan Lukaku merupakan saga terbesar dalam jendela perpindahan kali ini dengan dia dilaporkan berminat untuk menyertai Inter dan juara Serie A, Juventus.
Selepas dikaitkan dengan Inter, Lukaku dilaporkan bersetuju untuk mengikat kontrak dengan Juventus, namun keengganan Paulo Dybala untuk ditukarkan berdasarkan kontrak berkenaan menyaksikan impiannya ke Turin berkubur.
Bagaimanapun, ketua jurulatih Inter, Antonio Conte -- yang terlepas daripada menandatangani Lukaku kepada United ketika mengemudi Chelsea pada 2017 -- akan memperoleh pemain idamannya itu dengan bayaran yang dilaporkan bernilai €75.9 juta (RM357.7 juta) berserta bayaran tambahan.
Ejen Lukaku, Federico Pastorello, menerusi kiriman Instagramnya memaparkan gambarnya dengan pemain itu di dalam pesawat dengan kapsyen: "Bersedia untuk berlepas.... menuju ke Milan!!! @inter... kami datang."
Pemain kebangsaan Belgium itu, yang mendedahkan keinginannya untuk beraksi di Itali, menjaringkan 12 gol dalam Liga Perdana Inggeris musim 2018-19.
Pemain berusia 26 tahun itu -- yang masih mempunyai kontrak bersama United hingga 2022 -- menjaringkan 15 gol dalam kesemua kejohanan buat United, yang menamatkan liga di tempat keenam selain disingkirkan oleh Barcelona dalam suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.