Penyerang Belgium, Romelu Lukaku, meluahkan hasrat untuk bersara daripada pentas antarabangsa selepas kempen Euro 2020 biarpun pada hakikatnya dia baru berusia 27 tahun ketika itu.
Lukaku merupakan penjaring terbanyak Belgium setelah menyumbat 40 gol dalam 75 penampilan selain memainkan peranan penting ketika mereka mara ke separuh Piala Dunia di Russia.
Bagaimanapun, pemain berusia 25 tahun itu bercadang tidak akan menjadi sebahagian daripada pasukan itu dalam temasya di Qatar, empat tahun lagi, apabila bersedia untuk mengakhiri kerjaya antarabangsanya selepas Kejohanan Eropah akan datang.
"Selepas Euro 2020, saya rasa saya akan bersara," kata penyerang Manchester United itu dalam temubual dengan Business Insider.
"Saya berumur 25 tahun, saya tidak pernah berada di kemuncak prestasi, jadi ketika ini saya masih melihat pemain muda sebagai pesaing memandangkan mereka cuba merebut tempat saya dan saya pula tidak mahu menyerahkannya kepada mereka. Justeru, dua tahun lagi mereka boleh mendapatkannya."
Lukaku menambah dia gusar dengan generasi pemain pada masa akan datang berikutan kemewahan yang diperoleh pemain muda hari ini.
"Bola sepak pada hari ini, pemain muda terlibat dengan wang yang besar," katanya.
"Pendapatan yang kami peroleh ketika bergelar pemain profesional kini boleh dinikmati oleh pemain berusia 12, 13 tahun. Jadi, ia akan memudarkan keinginan mereka untuk berjaya."