Bintang Inter Milan, Romelu Lukaku, belum memenuhi potensinya tatkala bekas penggempur Manchester United itu masih mempunyai ruang untuk meningkat, kata Antonio Conte.
Lukaku menikmati satu gol dalam penampilan pertama buat Inter apabila mereka memulakan saingan musim ini dengan kemenangan 4-0 ke atas Lecce yang beraksi dengan 10 pemain.
Pemain termahal Inter itu hadir daripada kelab gergasi England, United, selepas melalui tempoh sukar bersama The Red Devils tetapi dia menyumbat gol ketiga dalam aksi awal pagi semalam.
Lukaku mempamerkan aksi memukau di San Siro dalam perlawanan kompetitif pertama era Conte yang bermula dengan kemenangan dan pengendali pasukan itu memuji kelibat pemain berusia 26 tahun itu.
"Jangan lupa, dia baru berusia 26 tahun dan memiliki potensi. Saya percaya walaupun dia tiba lewat dalam pasukan, kami cuba dan menjadikannya selesa dengan usaha yang tinggi," katanya.
"Hari ini, Lukaku menunjukkan keupayaan sebenarnya. Sebab itu pihak kelab mahukan khidmat pemain sepertinya. Namun, saya gembira saya mengenalinya sebagai seorang pemain tetapi daripada segi kemanusiaan, saya belum tahu. Ia sesuatu yang mengujakan.
"Dia hadir dalam pasukan dengan rasa rendah diri, memperkenalkan dirinya kepada rakan sepasukan dan semua orang sukakannya.
"Dia baru berusia 26 tahun, masih mempunyai ruang untuk meningkat. Dia mesti menggunakan kesempatan berbekalkan teknik yang dimiliki kerana bagi saya, dia mempunyai bakat yang masih belum ditonjolkan. Dia belum tunjukkan semuanya dalam karier bola sepak."
Conte juga menambah kepada Sky Sport Italia: "Jangan lupa bahawa Lukaku melibatkan kos bernilai EUR65 juta (RM303 juta) yang dibayar dalam tempoh lima tahun, jadi apabila orang ramai bercakap tentang wang yang dibelanjakan, ia tidak memberi kesan.
"Hari ini, Lukaku menunjukkan sebab mengapa kami cuba mendapatkan khidmatnya."
Marcelo Brozovic dan Antonio Candreva menyumbat gol hebat sambil seorang lagi muka baru, Stefano Sensi, turut menemui jaringan dalam pertemuan dengan Lecce di Milan itu.