Skip to main content

Bola Sepak

Lukaku akan bersama The Toffees musim hadapan -- Koeman

20517romelu-lukaku.jpg
Ronald Koeman menjangkakan Romelu Lukaku kekal di Everton untuk musim hadapan walaupun terdapat spekulasi penyerang itu bakal meninggalkan Goodison Park.

Lukaku meledak 24 gol Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, dengan pemain berusia 24 tahun itu telah dikaitkan akan kembali bersama Chelsea.

Tetapi Koeman yakin beliau akan mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Belgium itu pada musim hadapan.

"Saya jangka Lukaku akan kekal kerana masih belum mendengar apa-apa arahan daripada Lembaga Pengarah mengenai Lukaku," kata Koeman.

"Anda sentiasa mahu mengekalkan penyerang terbaik anda untuk kekal bersaing pada musim hadapan.

"Kontrak Lukaku masih berbaki dua tahun bersama Everton. Saya meletakkan harapan kepada Lukaku untuk terus bersama kami buat saingan musim hadapan."

Advertisement

Must Watch Video