Lucas Moura tidak terkata apa-apa selepas membawa Tottenham ke final Liga Juara-Juara (UCL) buat kali pertama hasil kemenangan 3-2 ke atas Ajax.
Tottenham menempah slot ke final dengan Liverpool di Madrid bulan depan selepas wira hatrik, Lucas, menjaringkan gol pada minit ke-96 untuk menyempurnakan kebangkitan Spurs di Amsterdam, awal pagi tadi.
Tewas 1-0 dalam aksi pertama, Tottenham ketinggalan 3-0 secara agregat selepas Matthijs de Ligt dan Hakim Ziyech meletakkan Ajax di landasan terbaik untuk ke perlawanan akhir.
Bagaimanapun, Lucas menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit dalam separuh masa kedua dan menghancurkan hati Ajax dengan jaringan ketiga pada penghujung permainan bagi memastikan Spurs layak ke final dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.
"Sukar untuk menjelaskan perkara ini," kata Lucas. "Saya sangat gembira dan berbangga dengan rakan sepasukan.
"Kami sentiasa percaya dengan saat-saat sebegini. Kami sentiasa percaya ia mampu dilakukan dan kami telah melakukan yang terbaik.
"Kemenangan ini bukan hanya hasil daripada usaha saya, kami sepasukan telah memenangi perlawanan ini. Sukar untuk mengatasi Ajax di sini. Mereka bermain dengan baik.
"Saya mahu berterima kasih kepada rakan sepasukan kerana apa yang saya harungi bersama Tottenham merupakan sesuatu yang sukar untuk dipercayai. Saya sangat gembira."