Lucas Moura tidak terkejut Tottenham melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) dan kini mahu membuktikan mereka berhak ke tahap ini ketika berdepan Ajax.
Spurs mengharungi kumpulan maut yang turut mengandungi Barcelona, Inter dan PSV, sebelum mengatasi Borussia Dortmund dan Manchester City, untuk melangkah ke separuh akhir.
Bakal turun awal pagi esok berdepan Ajax -- pasukan yang berjaya mengejutkan Real Madrid dan Juventus dalam pusingan kalah mati -- Lucas yakin Tottenham akan meraih kemenangan.
"Tidak, saya tidak terkejut. Saya sentiasa percaya dengan Spurs," kata Lucas.
"Sukar untuk beraksi dalam UCL berdepan pasukan gergasi. Namun, dalam bola sepak, anda tidak boleh menjangkakan apa yang bakal berlaku. Kami memiliki 90 minit untuk berusaha mempamerkan aksi terbaik dan memenangi perlawanan ini.
"Kami perlu membuktikan Spurs adalah pasukan pilihan. Kami dibarisi pasukan yang kuat, pemain-pemain yang berkualiti. Saya tidak terkejut.
"Saya menyertai Tottenham kerana percaya dengan projek kelab ini. Apabila saya melihat struktur kelab dan projek membangunkan stadium baru, saya percaya ia adalah pilihan yang tepat.
"Saya memahami objektif kelab ini, kami perlu menang dan mencipta sejarah. Itu sebab saya berhijrah ke sini.
"Kami sudah melangkah ke separuh akhir, kami telahpun mencipta sejarah. Tetapi saya mahukan lebih lagi, mahu menjuarai gelaran dan menikmati musim ini."
Lucas percaya pengalaman Spurs dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi bekalan untuk menghadapi Ajax.
"Saya menjangkakan aksi sukar kerana lawan kami menerapkan permainan pantas serta pendekatan yang berbeza.
"Sukar tetapi setiap perlawanan EPL juga adalah sukar. Setiap perlawanan menghadirkan keamatan yang tinggi.
"Ia adalah pertembungan dua pasukan yang muda. Ia adalah sesuatu yang menarik dan kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memenangi perlawanan ini."