Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva, mengucapkan terima kasih buat semua penyokong Harimau Selatan selepas menewaskan Selangor 3-0 di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin.
Dia menjadi watak penting selepas menjaringkan dua gol penting untuk memperkukuhkan kedudukan JDT di puncak Liga Super 2024/2025 dengan 34 mata selepas 12 perlawanan.
Untuk rekod, pemain berusia 33 tahun itu kini telah mengumpul 16 gol selepas 12 aksi liga bersama juara 10 kali berturut-turut liga super itu pada musim ini.
"Tiga mata lagi seperti biasa, terima kasih atas sokongan semua penyokong, Alhamdulilah." katanya.