Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Luaskan Kuasamu Johor!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ssi.jpg
Setiap tahun rakyat Johor sangat bertuah dapat menikmati sambutan kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dilimpahi pelbagai kejuaraan domestik.

Malam bersejarah buat peminat Harimau Selatan melihat pasukan kesayangan kekal berada di atas takhta selaku Raja Bola Sepak Malaysia.

Walaupun setiap tahun bermain bunga api, menonton persembahan artis terkemuka dunia  dan pertunjukan dron, kemeriahan itu masih gah dan terus diraikan sebagai tanda kesetiaan pemain ke-12.

 

"11 tahun menang, kami sangat berbangga sebagai rakyat Johor.

"Begitu luar biasa sambutan kali ini.

"Tahniah kepada semua pemain dan berterima kasih juga kepa Tunku Mahkota Johor (TMJ)," kata penyokong JDT.
 

Advertisement

Must Watch Video