Skip to main content

Bola Sepak

Lozano: Sertai Barcelona impian saya

hirving-lozano.jpg
Bintang PSV, Hirving Lozano, berharap dapat memberikan persembahan positif ketika berdepan Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) bagi mendapatkan perpindahan impiannya untuk bersama gergasi Catalan itu.

Pemain kebangsaan Mexico itu telah dikaitkan dengan penghijrahan ke Barca dan Lozano telah mendedahkan keinginannya beraksi bersama pendahulu LaLiga itu.

Lozano bakal berkunjung ke Nou Camp selepas menjaringkan dua gol ketika membantu PSV mengatasi ADO Den Haag 7-0 dalam saingan Eredivisie pada Sabtu lalu.

Dia berharap dapat menampilkan aksi cemerlang ketika berdepan Barcelona buat skuad kendalian Mark van Bommel itu dalam aksi pembukaan Kumpulan B.

"Saya beraksi cemerlang dalam Piala Dunia, maka banyak pasukan yang menantikan persembahan saya," kata Lozano.

"Ejen saya memberitahu Barca berminat mendapatkan saya. Ia adalah impian jadi kenyataan untuk menyertai kelab itu.

"Tetapi tumpuan saya adalah untuk PSV dan menikmati bola sepak.

"Ia adalah perlawanan penting bagi saya dan saya mahu menggunakannya dengan sebaik mungkin," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video