Skip to main content

Bola Sepak

Low: Ozil tidak akan kembali beraksi bersama Jerman

mesut-ozil.jpg
Ketua jurulatih Jerman, Joachim Low, menolak sebarang harapan untuk menyaksikan Mesut Ozil kembali beraksi bersama skuad kebangsaan.

Bintang Arsenal, Ozil, mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa, Julai lalu, apabila mendakwa Presiden Persekutuan Bolasepak Jerman (DFB), Reinhard Grindel, mendiskriminasi pemain-pemain.

Kemarahan pemain tengah itu tercetus apabila dia menerima kritikan kerana bertemu dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Mei lalu.

Dalam kenyataannya, Ozil berkata dia tidak lagi boleh beraksi bersama Jerman kerana "hadirnya perasaan tidak dihormati dan isu perkauman", serta mencadangkan akan kembali beraksi jika terdapat perubahan dalam DFB.

Bagaimanapun, dalam pandangan Low, karier pemain berusia 29 itu di pentas antarabangsa sudah berakhir.

"Dalam pandangan saya, Ozil secara terang-terang mengumumkan persaraannya, jadi topik untuk menyaksikan dia kembali beraksi tidak perlu lagi dibincangkan," katanya.

Low menyatakan minggu lalu bahawa beliau telah berusaha untuk menghubungi Ozil mengenai pengumumannya tetapi usahanya gagal sambil mengakui kecewa kerana tidak diberitahu mengenai keinginannya.

"Ozil tidak menghubungi saya hingga hari ini. Saya telah cuba menghubunginya beberapa kali sejak dua minggu lalu. Ozil telah mengambil keputusan itu dan saya perlu menerimanya.

"Ozil merupakan pemain saya sejak sembilan tahun lalu. Pada pendapat saya, dia merupakan salah seorang pemain terbaik Jerman sejak 20, 30 tahun lalu."
 

Advertisement

Must Watch Video