Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menjangkakan Dejan Lovren, akan kembali ke sesi latihan pada minggu-minggu akan datang apabila pertahanan Croatia itu pulih daripada kecederaan otot perut.
Lovren, yang tidak terlibat ketika Liverpool meraih kemenangan 4-0 ke atas West Ham, semalam, tidak dapat berlatih kerana kecederaan berterusan menuju akhir musim lalu yang menjadi semakin buruk semasa perlawanan Croatia dalam final Piala Dunia -- bekas pemain Southampton itu memainkan peranan penting dalam kempen itu.
Dan Klopp kini meletakkan tempoh masa untuk pemain berusia 29 tahun kembali, dengan menjangkakan Lovren akan menyertai semula skuad bagi latihan dalam masa tiga minggu.
"Dia tidak cergas. Biar saya katakan ia seperti ini, tahun lalu dia sudah mempunyai beberapa masalah dengan itu tetapi dia jelas boleh bermain -- dan bermain sangat baik," kata Klopp kepada laman web rasmi Liverpool.
"Hari-hari pemulihan selalu cukup, maka ia tidak menjadi masalah dan dia berada dalam sesi berikutnya sekali lagi. Kami tidak banyak berlatih pada akhir musim, sudah tentu, kerana kami lebih kerap bermain tetapi dia sentiasa bermain.
"Sekarang dalam Piala Dunia, (bermain) tiga kali selama 120 minit ia menjadi lebih buruk, tetapi saya yakin ia akan diselesaikan dalam masa dua atau tiga minggu akan datang.
"Pada masa itu, dia mungkin berada dalam pasukan tetapi bukan program penuh, jadi ia akan mengambil masa.
"Akhirnya, ia serius tetapi tidak begitu serius. Pada masa ini dia tidak bersedia, itu benar."