SEVILLA 3 REAL MADRID 0
Julen Lopetegui akur Real Madrid dibayangi Sevilla sambil menegaskan lawan mereka itu lebih layak mencatat kemenangan 3-0 dalam aksi LaLiga, awal pagi tadi.
Andre Silva meledak dua gol ketika Sevilla mengalahkan juara bertahan Liga Juara-Juara (UCL) itu di Ramon Sanchez Pizjuan.
Madrid gagal memberi tentangan ketika bertandang ke Sevilla -- gergasi ibu kota Sepanyol itu buat kali pertamanya menanggung kekalahan LaLiga di bawah kendalian Lopetegui.
Mengulas mengenai keputusan di Seville itu, Lopetegui memberitahu pemberita: "Masalah kami ialah Sevilla jelas sekali lebih baik daripada kami, terutama di peringkat pembukaan.
"Mereka menjaringkan dua gol dan sangat klinikal pada awal permainan. Kami tenggelam pada babak pertama manakala pada separuh masa kedua, kami hampir seimbang tetapi kami terlepas beberapa peluang menarik yang membunuh sebarang harapan kami. Ia satu persembahan buruk daripada kami dan Sevilla layak untuk menang," katanya.
Madrid menyangka mereka merapatkan jurang pada awal babak kedua, namun jaringan Luka Modric itu dibatalkan selepas merujuk Video Bantuan Pengadil (VAR).
"Idea kami adalah dengan mengetengahkan tekanan tinggi tetapi ia tidak menjadi seperti yang kami harapkan dan kami terpaksa membayarnya, khususnya di peringkat permulaan.
"Bunyinya seperti kami tidak bersedia secukupnya tetapi ia kelihatan seperti itu," tambah Lopetegui menjelang pertembungan 'derby' menentang Atletico Madrid, awal pagi Ahad ini.
"Pemain atau jurulatih sama-sama gagal mempamerkan tahap terbaik pada separuh masa pertama, jika gol pada awal babak kedua dikira, kami mungkin mempunyai peluang."
Madrid gagal memanfaatkan kekalahan mengejut Barcelona kepada Leganes tatkala kedua-dua gergasi Sepanyol tersebut ditimpa kekalahan pada hari yang sama buat kali pertama dalam kempen LaLiga sejak Januari 2015.
Juara LaLiga, Barca, mendahului Madrid dengan perbezaan gol selepas enam perlawanan.
"Liga adalah maraton dan cabaran sebenar akan tercetus," kata Lopetegui. "Kami perlu bersedia untuk menghadapi perlawanan seterusnya dengan baik.
"Perkara seperti ini berlaku dalam LaLiga dan ia akan berlaku sekali lagi, kini kami perlu bersiap untuk aksi penting yang mencabar di tempat sendiri dalam tempoh tiga hari akan datang.
"Esok, kami akan bangkit dan bersedia untuk perlawanan berikutnya sebaik mungkin."