Thibaut Courtois belum menjamin tempatnya dalam kesebelasan utama Real Madrid tatkala pengendali, Julen Lopetegui, bercadang untuk menggunakan sistem giliran penjaga gol.
Penjaga gol utama sebelum ini, Keylor Navas, mengekalkan tempatnya ketika Los Blancos tunduk 4-2 di tangan Atletico Madrid dalam aksi Piala Super Eropah sambil Courtois tidak disenaraikan walaupun turut serta dalam kunjungan ke Tallinn itu.
Pemain Belgium itu dijangka mudah merebut status penjaga gol utama selepas tiba daripada Chelsea menerusi perpindahan bernilai EUR39 juta (RM183 juta), namun slot kesebelasan utama masih terbuka menjelang aksi pertama LaLiga berdepan Getafe awal pagi esok.
Lopetegui dilihat masih belum bersedia menurunkan penjaga gol berusia 26 tahun itu dan terus membuat pilihannya terbuka.
"Tiada sebarang formula rahsia. Kami harus menguruskannya minggu demi minggu," kata Lopetegui.
"Kami akan melihat siapa yang terbaik untuk pasukan setiap masa. Kami memiliki dua penjaga gol hebat dan beberapa nama lain.
"Sudah tentu wujud persaingan sengit dalam pasukan tetapi saya melihatnya sebagai sesuatu yang positif. Ia bagus untuk pasukan," katanya.
Dalam masa sama, posisi lain dalam skuad juara Eropah itu tampak tidak begitu lengkap tetapi Lopetegui yakin dia mempunyai kualiti yang cukup untuk mencabar kejuaraan.
"Kami yakin dan percaya dengan bakat yang dimiliki, perlu bekerjasama dalam pasukan.
"Pemain-pemain menunjukkan sikap yang terpuji. Saya pasti orang ramai akan melihat bakat Real Madrid yang dilengkapkan dengan pemikiran yang hebat dan itu yang kami mahukan.
"Apa yang penting adalah pemain yang berada di sini. Siapa yang tiada, itu tidak penting," katanya lagi.