REAL 0 ATLETICO 0
Julen Lopetegui yakin Real Madrid adalah pasukan yang lebih baik ketika seri tanpa jaringan dengan Atletico Madrid di laman sendiri, awal pagi tadi.
Real hadir dalam aksi 'derby' Madrid itu selepas mengalami kekalahan 3-0 kepada Sevilla, Rabu lalu, dan untuk aksi awal pagi tadi, mereka dilihat hampir menerima satu lagi kekalahan.
Penjaga gol, Thibaut Courtois, terpaksa berada di tahap terbaik bagi memastikan kedua-dua pasukan terikat hingga tamat separuh masa, menafikan percubaan Antoine Griezmann dan Diego Costa.
Real memperbaiki dan mengawal rentak permainan dalam separuh masa kedua tetapi gagal melancarkan peluang untuk meraih jaringan.
Bagaimanapun, Lopetegui tetap yakin bahawa pasukannya jauh lebih baik berbanding pelawat.
"Kami beraksi lebih baik berbanding Atletico tetapi gagal meledak gol dan gagal meraih kemenangan," katanya.
"Real telah menghasilkan banyak peluang dan akan terus menghasilkannya dalam aksi akan datang.
"Atletico adalah pasukan yang berkualiti. Mereka berada dalam kalangan elit selepas membawa masuk beberapa pemain ternama.
"Mereka adalah antara pilihan untuk memenangi banyak gelaran, jadi saya sangat gembira kerana Real berjaya mempamerkan aksi yang lebih baik berbanding mereka," katanya lagi.
Real menerima tamparan apabila kehilangan khidmat Gareth Bale yang mengalami kecederaan paha tetapi penggantinya, Dani Ceballos, menghadirkan impak kepada pasukan.
"Bale mengalami kecederaan dalam separuh masa pertama. Kami mengeluarkannya sebagai tanda berjaga-jaga dan dia menjalani ujian esok.
"Ceballos mempamerkan aksi yang berkualiti. Dia memberikan keseimbangan dalam pasukan."