Jurulatih Real Madrid, Julen Lopetegui, mempertahankan Karim Benzema untuk mencabar Anugerah Pichichi (Kasut Emas) musim ini berikutan prestasi memberangsangkan pada awal musim 2018-19.
Benzema menyumbangkan empat gol dalam tiga perlawanan LaLiga dengan dua daripadanya dicetak dalam kemenangan 4-1 ke atas Leganes di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Pemain berusia 30 tahun itu, yang hanya menyumbat lima gol sepanjang kempen liga musim lalu, kelihatan semakin berbisa di depan gawang ekoran perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus.
Lopetegui tidak melihat sebarang alasan mengapa bekas pemain Lyon itu tidak dapat menyasarkan 30 gol atau lebih untuk muncul penjaring terbanyak.
Benzema kini meledak 131 gol ke atas 33 pasukan berbeza dalam saingan teratas liga Sepanyol, satu gol mengatasi rekod Ronaldo sebelum dia berlepas ke Juventus.
"Kenapa tidak?" kata Lopetegui ketika ditanya mengenai peluang Benzema. "Kenapa dia tidak boleh meledak 30 atau 40 gol?
"Perkara yang paling penting ialah pasukan dan jaringan adalah tugas seluruh pasukan.
"Benzema merupakan pemain yang hebat dan selalu ada. Dia harus dipuji atas apa yang dilakukannya. Dia gembira dan membantu pasukan, ia akan tetap seperti ini."
Kemenangan Madrid itu turut menyaksikan Thibaut Courtois membuat penampilan sulungnya, dengan pemain Belgium itu menjadi pilihan berbanding Keylor Navas, yang dinamakan sebagai Penjaga Gol Terbaik UCL musim 2018 pada minggu ini.
Lopetegui mendedahkan beliau mempunyai perancangan di posisi penjaga gol pada masa depan, namun enggan menyatakan siapa yang akan menjadi nombor satu.
"Saya tidak memberikan maklumat megenai sebarang perancangan. Bagaimanapun, kami tahu dia akan bermain perlawanan ini dan saya tidak akan mengatakan apa-apa lagi," kata Lopetegui mengenai Courtois.
"Kami mempunyai tiga penjaga gol yang hebat dan kami akan cuba mencari penyelesaian terbaik. Kami memutuskan Courtois akan bermain kali ini tetapi kami mempunyai pilihan yang sangat baik.
"Keylor Navas adalah pemain kami dan memperagakan permainan hebat menentang Girona sebelum dinamakan penjaga gol terbaik oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA). Kami akan melihat bagaimana ia berjalan menerusi keputusan di atas padang. Kami tahu apa yang akan perlu dilakukan."