Real Madrid mengumumkan jurulatih Sepanyol, Julen Lopetegui, akan menggantikan Zinedine Zidane sebagai ketua jurulatih kelab itu selepas kempen Piala Dunia Russia.
Zidane membuat pengumuman mengejutkan selepas mengetuai kemenangan Real Madrid meraih trofi Liga Juara-Juara ketiga berturut-turut dengan menjadi keraguan terhadap kemampuan pasukan itu mengekalkan pengembaraan luar biasa sebagai alasan untuk angkat kaki.
Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino, muncul sebagai pilihan, namun telah memperbaharui kontraknya baru-baru ini.
Kemelut di Madrid itu, bagaimanapun, reda berikutan perhatian kini tertumpu kepada kempen Piala Dunia, namun semalam mereka membuat pengumuman mengejut apabila mengesahkan pelantikan Lopetegui sejurus berakhirnya kempen di Russia bersama skuad Sepanyol.
Lopetegui, yang pernah mewakili Madrid sebagai pemain, bersetuju menandatangani kontrak selama tiga tahun di kelab itu selepas mengurus pasukan senior Sepanyol dalam Piala Dunia.
Pengurus berusia 51 tahun itu dilantik Persekutuan Bola Sepak Sepanyol selepas Kejohanan Euro 2016 berakhir dengan kekecewaan apabila disekat Itali dalam pusingan 16.
Sejak itu, Lopetegui berjaya memulihkan keyakinan pasukan senior menjelang Piala Dunia selain tidak pernah tewas di bawah bimbingannya. Untuk itu, dia ditawarkan lanjutan kontrak selama dua tahun lagi bulan lalu untuk berkhidmat sehingga 2020.
Kerjaya kejurulatihan Lopetegui banyak tertumpu di pentas antarabangsa yang menyaksikannya pernah bertanggungjawab terhadap skuad B-17, B-19, B-20 dan B-21 Sepanyol.
Peranan kelab terakhirnya menyaksikan dia mengemudi Porto pada 2014 dan bertahan selama dua tahun, namun ia tidak dianggap sebagai era yang berjaya di kelab itu ekoran kegagalan mereka memenangi sebarang trofi di bawah bimbingannya walaupun menghabiskan sejumlah besar dana.