UEL

Lo Celso sudah kembali ke prestasi terbaik, kata Mourinho

Stadium Astro
Muzaffar Musa
11/12/2020
05:36 MYT
Sponsor Banner
Lo Celso sudah kembali ke prestasi terbaik, kata Mourinho
Jose Mourinho percaya Giovani Lo Celso sudah menemui prestasi terbaiknya selepas membantu Tottenham menewaskan Royal Antwerp 2-0 dalam Liga Europa awal pagi tadi.
Lo Celso menjaringkan gol keempatnya dalam saingan Liga Europa untuk Spurs mengesahkan kedudukan teratas Kumpulan J.
Pemain kebangsaan Argentina itu turut melakukan hantaran penting (empat), percubaan (empat), hantaran di kawasan lawan (34), sentuhan bola (72), terjahan (tiga) dan memenangi bola (12) lebih banyak berbanding mana-mana rakan sepasukannya.
Lo Celso mengalami kecederaan pada awal musim ini tetapi pengurus Spurs, Mourinho, berkata pemain tengah itu sudah kembali ke prestasi terbaik.
"Ia bukan mengenai saya, ia mengenai mereka. Gio, musim lalu dia mencapai tahap yang amat hebat. Kemudian dia cedera musim ini, aksi pramusim tidak wujud buatnya," katanya dalam sidang media.
"Saya sudah sering katakan yang Gio memerlukan sedikit masa. Dia memiliki masa itu. Dia bermain dalam Liga Europa, selalunya dia masuk sebagai pemain gantian dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). Dia bermain baik dalam perlawanan terakhir dan dia bermain dengan baik malam ini. "Ia seperti Gio sudah kembali ke tahap normal kerana dia pemain yang amat bagus dan apabila keadaan fizikalnya baik, dia dapat memperilhatkan kualitinya.
"Malam ini merupakan hari dia membuktikan bahawa dia sudah kembali dan keamatannya ada dan kualitinya juga ada," katanya.
Pendahulu EPL, Tottenham, akan berkunjung ke laman Crystal Palace hujung minggu ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video