Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Lloris: Spurs "segan" pamer aksi sebenar

hugolloris.jpg
Hugo Lloris berasakan Tottenham "malu" untuk mempamerkan aksi sebenar ketika tewas 2-0 kepada Liverpool dalam final Liga Juara-Juara (UCL).

Aksi pertama Lloris dalam perlawanan itu adalah mengeluarkan bola dari gawang selepas Mohamed Salah menyumbat masuk sepakan penalti pada minit kedua -- bola terkena tangan Moussa Sissoko dalam kotak penalti pada minit pertama.

Aksi hambar dipertonton kedua-dua pasukan, dengan Spurs melepaskan deretan peluang terhidang sebelum Divock Origi meledak gol kedua Liverpool untuk memastikan kejuaraan buat pasukan Merseyside itu.

Lloris menyimpulkan: "Amat mengecewakan selepas beraksi dalam perlawanan akhir sebegini.

"Sukar untuk memulakan permainan apabila ketinggalan pada minit pertama, kami telah berusaha mengejar permainan.

"Kami terlalu malu sepanjang permainan sebelum bangkit pada 15 minit terakhir."

Harry Kane, yang menyempurnakan 90 minit dalam penampilan pertamanya sejak pulih daripada kecederaan buku lali April lalu, mengepalai jentera serangan Spurs tetapi buntu di depan gol.

 

Advertisement

Must Watch Video