Hugo Lloris berharap Tottenham akan melakar sejarah dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) apabila dia meletakkan sasaran untuk menjulang trofi utama itu.
Selepas mengetuai Perancis menjuarai Piala Dunia 2018 di Russia, Lloris sekali lagi ke pentas final dalam usaha menjuarai UCL di Madrid, awal pagi esok.
Spurs mempamerkan kebangkitan ketika mengatasi Ajax dalam separuh akhir, dengan penjaga gol itu berbangga kerana sekali lagi dipilih sebagai kapten pasukan.
"Pertama sekali, ia merupakan satu keistimewaan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang berjaya," kata Lloris.
"Menjuarai Piala Dunia merupakan satu pencapaian yang tinggi dan ia sesuatu yang mustahil tanpa rakan sepasukan saya. Ia perkara yang sama untuk final UCL.
"Kami akan melakukan yang terbaik untuk menjuarainya dan melakar sejarah dalam UCL," tambahnya.
Lloris berharap kebangkitan yang dipamerkan ketika berdepan Ajax menjadi inspirasi ketika berdepan Liverpool esok.
"Kejayaan di Amsterdam merupakan contoh terbaik buat kami yang perlu dilakukan di Madrid.
"Sememangnya, kami mahu mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan esok. Sebagai atlet profesional, kami mahu menikmati setiap saat ketika kami beraksi."