Hugo Lloris bakal terlepas dua aksi pertama Perancis dalam Liga Negara-Negara disebabkan kecederaan paha.
Penjaga gol Tottenham itu tidak akan beraksi berdepan Jerman dan Belanda selepas bertemu pegawai perubatan Les Bleus di Clairefontaine, semalam.
Didier Deschamps menantikan laporan kecergasan kapten pasukannya itu selepas Spurs tewas 2-1 kepada Watford.
Penjaga gol Montpellier, Benjamin Lecomte, telah dipilih untuk menggantikan Lloris selepas Steve Mandanda turut mengalami kecederaan.
Alphonse Areola dijangka mengambil tanggungjawab untuk beraksi bersama kesebelasan utama berdepan Jerman di Munich, menyaksikan persembahan pertama Perancis sejak memenangi Piala Dunia pada Julai lalu.
Penjaga gol Bordeaux, Benoit Costil, juga merupakan salah seorang pilihan buat skuad 23 pemain Deschamps.