Skip to main content

Bola Sepak

Liverpool tandatangani penyerang Chelsea, Solanke

31517dominic-solanke.jpg
Liverpool mengumumkan telah menandatangani penyerang remaja, Dominic Solanke, dari Chelsea.

Solanke, yang belum membuat penampilan liga senior untuk juara baru Liga Perdana Inggeris itu, akan menyertai Liverpool pada akhir kontraknya, 1 Julai ini.

Pemain berusia 19 tahun itu membuat penampilan pertama bersama Chelsea ketika membelasah Maribor 6-0 dalam Liga Juara-Juara pada 2014 dan menghabiskan masa sebagai pemain pinjaman di Vitesse Arnhem dalam Eredivisie pada musim 2015/16, dengan menjaringkan tujuh gol untuk kelab itu.

Solanke adalah juara dua kali Piala Remaja FA, pemenang Liga Remaja UEFA dan Kejohanan Eropah Bawah 17, dan dia akan menambah pilihan barisan penyerang Jurgen Klopp selepas Liverpool berada di tangga keempat dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pemain remaja itu juga telah mewakili England dalam kejohanan pada setiap peringkat umur daripada skuad bawah 16 hingga bawah 21 tahun dan kini berada dalam tugasan antarabangsa bersama pasukan Piala Dunia Bawah 20.

Solanke menjaringkan gol dalam perlawanan pembukaan England untuk menewaskan Argentina 3-0, dengan skuad Three Lions bersedia menghadapi Costa Rica dalam pusingan 16, esok.

Advertisement

Must Watch Video