Alisson memberikan amaran kepada pesaing Liverpool di England serta Eropah bahawa trofi Liga Juara-Juara (UCL) saja tidak memadai ketika sasaran kelab itu bagi musim ini adalah merangkul setiap kejohanan yang bakal disertai.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu ditabal sebagai juara Eropah musim lalu tetapi sekadar muncul naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL) di belakang Manchester City.
Kemarau kejuaraan liga buat The Reds kini berterusan kepada 19 tahun tetapi suasana optimis kini mula mengelilingi bumi Anfield.
Liverpool memberikan tekanan kepada City sehingga aksi terakhir musim 2018-19 dan skuad kendalian Pep Guardiola itu hanya berjaya menjuarai EPL dengan kelebihan satu mata.
Alisson kali ini mahu Liverpool mendaki satu lagi anak tangga dalam saingan EPL serta mendedahkan The Reds kini meletakkan sasaran untuk menjuarai setiap kejohanan.
"Kami sangat teruja tetapi kami perlu memastikan momentum yang sama dapat diulangi bagi musim ini," kata Alisson dalam laman web rasmi Liverpool.
"Kami akan cuba mengejar setiap kejuaraan musim ini, jadi kami perlu mula bekerja keras.
"Tahap bola sepak sangat tinggi dan setiap pasukan yang bersaing memiliki kualiti yang hampir sama, jadi kami perlu bekerja lebih keras lagi untuk meraih kejayaan," ujarnya.
Alisson kembali ke Liverpool minggu ini selepas membantu Brazil memenangi Copa America.
"Ia adalah gelaran yang istimewa, sama seperti UCL.
"Ia merupakan gelaran yang penting bagi saya, buat Brazil. Kami telah lama tidak memenanginya kerana kali terakhir menjulangnya pada 2007.
"Menjuarai dua gelaran merupakan pencapaian yang baik buat saya. Saya berharap kami akan meraih lebih banyak gelaran musim ini."