Skip to main content

Bola Sepak

Liverpool kritik insiden perkauman di Anfield

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

semenyo.jpg
Liverpool menempelak kelakukan perkauman terhadap pemain Bournemouth, Antoine Semenyo, dalam perlawanan di Anfield, awal pagi tadi. 

Perlawanan pembukaan tirai Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dicemari dengan insiden tersebut -- ketika Semenyo cuba melakukan lontaran ke dalam -- hingga mendorong perlawanan dihentikan seketika pada minit ke-28.

"Insiden di Anfield ini akan disiasat sepenuhnya. 

"Kami menawarkan sokongan penuh kami kepada pemain dan kedua-dua kelab. 

"Perkauman tidak mempunyai tempat dalam sukan ini atau di mana-mana dalam kalangan masyarakat," demikian antara petikan kenyataan yang dikeluarkan kelab itu. 

Rakan sepasukan Semenyo juga sempat berunding sama ada perlawanan itu harus diteruskan atau tidak sebelum pemain Ghana itu ditenangkan pemain tuan rumah, Cody Gakpo.

Gol berganda Semenyo -- satu daripadanya menerusi gerakan solo memukau -- kemudian memadam kelebihan Liverpool hasil penyudah Hugo Ekitike dan Gakpo untuk mengimbangi perlawanan 2-2.

Begitupun, ia masih belum memadai buat barisan kendalian Andoni Iraola itu apabila dihukum oleh jaringan Federico Chiesa dan Mo Salah untuk membantu Liverpool memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan rentak positif. 




 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video