Jurgen Klopp berpandangan bahawa Liverpool bukan pilihan ketika berdepan Tottenham dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL).
Spurs dilihat sebagai pasukan bukan pilihan dalam pertembungan yang bakal berlangsung awal pagi esok selepas Liverpool menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan 26 mata.
Mauricio Pochettino memimpin Tottenham ke aksi final UCL buat kali pertama manakala Liverpool pula dalam misi merangkul gelaran kali keenam walaupun mereka masih belum mendapatkan sebarang kejuaraan bersama Klopp.
Final yang melibatkan dua kelab Inggeris itu bakal dilangsungkan di Madrid dan Klopp tidak berasakan kedua-dua pasukan boleh dianggap sebagai pilihan.
"Jika saya berasakan Tottenham memiliki kelebihan, saya akan menjadi gila," kata Klopp.
"Saya mengetahui ramai yang menganggap Liverpool adalah pilihan kerana kami memiliki kelebihan mata dalam saingan liga.
"Tetapi jika anda melihat perlawanan pertama kami musim ini berdepan Tottenham, ia berkesudahan hanya 2-1. Tiada sebarang kelebihan sebelum perlawanan ini.
Final tahun lalu di Kiev menyaksikan Liverpool tewas kepada Real Madrid, dengan penjaga gol, Loris Karius, melakukan dua kesilapan sementara Mohamed Salah terpaksa dikeluarkan selepas setengah jam kerana mengalami kecederaan bahu selepas dijatuhkan Sergio Ramos.
Klopp turut memiliki rekod buruk dalam aksi final, tewas enam kali bersama Liverpool dan bekas kelabnya, Borussia Dortmund.
"Situasi yang berbeza berlaku dalam setiap aksi final yang saya harungi sebelum ini, pasukan juga berbeza. Jika saya adalah punca kekalahan enam aksi final itu, semua orang harus bimbang. Jaringan berkelas dunia daripada Gareth Bale dan dua gol aneh mengecewakan kami.
"Pemain-pemain semakin matang. Trent Alexander-Arnold sudah beraksi lebih daripada 50 perlawanan. Mereka mempamer aksi cemerlang tetapi kurang bernasib baik.
"Dua pasukan berkualiti bertembung dalam aksi final. Saya menghormati apa yang telah diusahakan Pochettino bersama Spurs.
"Dia memiliki kumpulan pemain yang berbakat dan permainan mereka semakin berkembang. Ini bakal menjadi aksi final yang sengit," katanya lagi.