Skip to main content

Bola Sepak

Liverpool bakal jadi 'haiwan' berbeza berdepan City, kata Klopp

jurgenklopp-cropped_hrypdigqypqq1wyhl0ikjko17.jpg
Jurgen Klopp menegaskan Liverpool bakal tampil selaku 'haiwan' berbeza ketika berdepan Manchester City selepas pasukan kendaliannya itu terus bergelut dalam aksi pramusim semalam.

Juara Eropah itu mengalami kekalahan 3-0 di tangan Napoli dalam aksi persahabatan kedua terakhir menjelang musim 2019-20, sekali gus meneruskan catatan tanpa kemenangan dalam empat perlawanan.

Liverpool bakal diperkuatkan kembali dengan kehadiran bintang seperti Mohamed Salah, Alisson dan Roberto Firmino hari ini sambil Sadio Mane menyertai pasukan selepas pertemuan Perisai Komuniti berdepan City, Ahad ini.

Pengurus The Reds, Klopp, berkata ia bukan satu kempen pramusim yang biasa buat Liverpool tetapi yakin mereka bakal tampil berbeza dalam aksi di Wembley nanti.

"Kehilangan enam pemain memang sukar. Jika tiada pemain ketika pramusim, kami terbiasa dengannya kerana ia sering berlaku," katanya.

"Namun, mereka tidak bersama pasukan sejak daripada mula dan hadir beberapa hari sebelum atau selepas permulaan saingan, itu tidak bagus. Sekali lagi, itu caranya dan kami mempersiapkan setiap pemain pada tahap terbaik.

"Kami harus berjuang di permulaan musim pada tahap 100 peratus dengan semua yang kami ada. Apa yang bagus adalah jika lawan mahu menilai kami, mereka fikir ia tugas mudah tetapi kami akan menjadi haiwan berbeza hujung minggu ini."

Liverpool melepaskan 10 gol dalam empat aksi persahabatan dan mereka akan menamatkan kempen pramusim menentang Lyon, Rabu ini.

Namun, Klopp percaya kemenangan selesa ke atas gergasi Liga Perdana Inggeris akan membuatkan pasukannya dalam bahaya.

"Saya fikir perkara buruk terjadi apabila jika kami menang 4-0 atau 5-0 ke atas Napoli dan Sevilla tanpa enam pemain utama. Semua pemain akan berada dalam keadaan selesa, terbawa-bawa dengan pencapaian musim lalu. Itu akan menjadi sangat buruk," tambahnya.

"Namun, di antara situasi buruk dan sekarang, terdapat beberapa tahap yang saya suka. Saya tahu sebelum kami bermula bahawa kesukaran yang berbeza disebabkan situasi.

"Kami harus menyesuaikan diri dengan beberapa perkara dan mencipta semangat tertentu. Untuk itu, kami mempunyai tempoh seminggu.

"Buat kali pertama sejak final Liga Juara-Juara Eropah, kami memiliki 99 peratus skuad hari ini. Hanya Mane yang tiada dan itu menjadi detik di mana kami mula bercakap dan mempersiapkan diri dalam beberapa perkara untuk memulakan cabaran."
 

Advertisement

Must Watch Video