LEICESTER 0 LIVERPOOL 3
Jurgen Klopp berikrar Liverpool akan terus memberi tekanan terhadap pemburuan tiket Liga Juara-Juara (UCL) selepas mengatasi Leicester 3-0, awal pagi tadi.
Dua jaringan pantas Curtis Jones dan gol menarik oleh Trent Alexander-Arnold mengekalkan impian mereka untuk meraih tempat di empat teratas sambil meletakkan The Foxes di kedudukan bahaya.
Leicester di tangga kedua terbawah dan dua mata untuk keluar daripada selamat Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan baki dua perlawanan dan bakal bertandang ke Newcastle, Selasa depan.
Kemenangan itu bermakna The Reds menempah tiket bola sepak Eropah musim depan untuk sekurang-kurang menduduki tempat kelima, satu mata di belakang Newcastle dan Manchester United, yang kedua-duanya beraksi kurang satu perlawanan.
Klopp berkata: “Tugas kami adalah untuk mengekalkan tekanan (ke atas Newcastle dan Manchester United) tetapi jika tidak, kedudukan ini pun sudah lebih baik daripada yang kami jangkakan berbanding enam atau tujuh minggu lalu.
“Saya tidak tahu apa maknanya kepada kami. Empat atau lima tahun lalu kami sentiasa diberi cabaran sengit oleh Chelsea dan mereka menang sepanjang masa.
"Saya fikir ini adalah tahunnya kami terpaksa menamatkan saingan di tempat keempat dan perlu mengharungi pusingan kelayakan.
“Kami terpaksa memenangi perlawanan terakhir dan kami perlu menang memandangkan pencabar di belakang kami sentiasa menang.
“Kami berjaya melakukannya dan itulah yang saya harapkan terhadap mereka.
“Ia membuatkan pemain sentiasa bersemangat dan itulah tugas saya -- kami perlu memastikan pemain sentiasa bersedia dan kami akan pantau apa yang berlaku.
“Enam atau tujuh minggu lalu saya tidak percaya ia boleh dicapai.
"Kekurangan kami pada masa itu ialah ketekalan.
"Permainan kami tidak menjadi, kami bergelut dan berdepan banyak cabaran tetapi kami mengawalnya dengan cara yang sangat meyakinkan."
Shaiful Shamsudin
Tue May 16 2023