Liverpool akan memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan meraih status 'Invincibles' sama seperti Arsenal kerana tiada pasukan mampu untuk menghalang mereka, kata Robert Pires.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu mendahului liga dengan kelebihan 19 mata selepas menang 23 dan seri sekali dalam 24 perlawanan.
The Reds masih belum tewas dalam sebarang perlawanan lebih daripada 12 bulan dan seperti ditakdirkan akan memenangi gelaran liga buat pertama kali sejak 30 tahun lalu di samping mereka mampu menyamai rekod Arsenal dengan melengkapkan liga tanpa kalah pada musim 2003-04.
Pires, sebahagian daripada skuad yang dibimbing Arsene Wenger ketika meraih status 'Invincibles', melihat tiada alasan buat Liverpool tidak boleh mengatasi pencapaian mereka dan percaya kualiti EPL tidak begitu tinggi.
Apabila ditanya jika Liverpool mampu menamatkan musim tanpa kalah, Pires memberitahu France Football, "Ya, kerana mereka miliki segala-galanya: pasukan, keputusan, tuah dan jurulatih... Saya berasakan ramai yang bersetuju dalam hal ini.
"Mempertimbangkan bagaimana mereka bermain musim ini, saya tidak melihat mana-mana pasukan mampu mengatasi mereka, termasuk Manchester City. Ketika saya melihat kekalahan 3-1 City kepada Liverpool di Anfield, November lalu, terlalu banyak perbezaan di antara kedua-dua pasukan.
"Ia mengenai bagaimana mereka bertahan. Mereka bermain 4-3-3 dan sejurus mereka kehilangan bola, terutama di bahagian tengah, mereka sangat kuat.
"Saya berasakan mereka bakal kehilangan intensiti kerana kerap beraksi sepanjang jadual padat.
"Hari ini, saingan EPL mula mempamerkan sedikit penurunan. Apabila anda menyaksikan skuad seperti Manchester United, Chelsea, Tottenham atau Arsenal, mereka tidak sekuat seperti beberapa tahun lalu. Satu-satunya pasukan yang mampu menggugat mereka adalah Manchester City.
"Mereka akan menjadi juara tanpa kalah tetapi mereka juga mampu mengatasi rekod kami. Segalanya etlah berubah hari ini. Orang akan membuat perbandingan, tetapi Arsenal ketika itu telah mengharungi cabaran yang lebih sukar.
"Seperti saya cakap sebelum ini, terdapat banyak pasukan, terutama skuad gergasi dan memaksa kami menampilkan aksi terbaik. Tiada kamera dan VAR.
"Paling sukar adalah ketika kami beraksi di tempat lawan. Saya masih ingat perlawanan berdepan Leeds (United), Blackburn (Rovers), Bolton (Wanderers)... anda perlu membiasakan diri dengan mereka."
Pires melihat persamaan di antara Liverpool dan skuad Arsenal, yang tidak bergantung kepada satu-satu pemain untuk memikul pasukan.
Bagaimanapun, bekas bintang Perancis itu berasakan The Gunners memiliki kualiti individu yang lebih baik.
"Sadio Mane adalah Pires! (Roberto) Firmino seperti Thierry Henry. Sekali lagi, saya tidak berasakan mana-mana pemain dapat menyamai Henry, kualitinya terlalu jauh ke hadapan.
"Ia sebab saya mahu menyaksikan persaingan di antara Virgil van Dijk-Henry. Ia bakal menjadi sesuatu yang menarik.
"Henderson... tidak, Pat Vieira lebih kuat, maafkan saya. Gilberto Silva juga."
Editor: Ammar Hakim