Lisandro Martinez berkata tarikan untuk bersatu semula dengan Erik ten Hag memainkan peranan besar dalam keputusannya menyertai Manchester United daripada Ajax.
Pertahanan Argentina itu berpindah ke Old Trafford dalam perjanjian bernilai £56.7 juta (RM307.3j) dengan kontrak hingga Jun 2027 dengan pilihan menyambungnya setahun lagi.
Kelibat Martinez mencuri perhatian dalam Eredivisie mahupun Liga Juara-Juara (UCL) dan Arsenal turut dilaporkan berminat untuk mendapatkannya, tetapi peluang untuk beraksi sekali lagi di bawah kendalian Ten Hag sukar untuk diketepikannya.
“Saya bersamanya tiga tahun di Ajax dan saya tahu gaya permainannya,” katanya kepada laman sesawang rasmi kelab.
"Sejujurnya dengan dia, saya banyak meningkat, Dia di Manchester sekarang, jadi sekali lagi peluang itu ada dan pastinya dia sangat penting dalam kerjaya saya.
"Pastinya dia meletakkan harapan tinggi. Mengetengahkan permainan yang menarik dan mentaliti kemenangan. Itu perkara yang paling penting.
"Setiap pemain perlu jelas dengan matlamatnya. Saya fikir dia juga sangat jelas. Jadi saya fikir di bawah kendaliannya, setiap hari anda boleh belajar dan dalam permainan, anda dapat memahami sepenuhnya terhadap taktik dan segala-galanya.
"Bagaimana dia membantu saya untuk bertambah baik? Bagaimana kami boleh memahami sepenuhnya situasi untuk membuat keputusan di aras padang. Dia mempunyai setiap butirannya."
Martinez tidak sabar untuk membuat penampilan sulungnya bersama The Red Devils yang akan menentang Atletico Madrid dan Rayo Vallecano -- hujung minggu ini -- sebelum memulakan kempen baru Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Brighton & Hove Albion.
"Sekarang ini saya sudah terasa bahangnya. Saya mahu berlatih bersama pasukan sekarang juga. Yang pasti, kami akan bekerja keras untuk meletakkan kelab ini di peringkat tinggi," kata muka baru itu.
"Saya akan mencurahkan 100 peratus kudrat dalam setiap perlawanan, dalam setiap sesi latihan. Yang pastinya pasukan juga, kami akan melakukannya. Kami akan bermain sebagai sebuah pasukan."

Licha. #MUFC || @LisandrMartinez pic.twitter.com/2ufQhjvrD1
— Manchester United (@ManUtd) July 27, 2022