Keberkesanan pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi, kini menjadi perhatian, ditambah ketiadaan Brendan Gan yang digantung dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE), dengan pemain kelahiran Kosovo itu umpama penyelamat skuad negara.
Liridon dianggap sebagai penyelamat memandangkan Brendan tidak akan beraksi dalam pertemuan dengan UAE.
Namun, pemain itu yang tidak melewati aksi kompetitif sejak setahun lalu menimbulkan kerisauan buat jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe.
"Kehadiran Liridon dapat perkuat skuad negara di bahagian tengah selepas Brendan digantung untuk perlawanan seterusnya. Namun, masih terdapat pemain lain juga mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Brendan," katanya.
Penampilan Liridon selaku rakyat Malaysia hanya dibenarkan bermula 25 Mac ini, iaitu sehari sebelum aksi penting dengan UAE bagi mencukupkan tempoh lima tahun berada di Malaysia.
Secara jelas, Liridon juga akan terlepas aksi persahabatan dengan Bahrain yang dijadualkan berlangsung 21 Mac ini.
"Kami sangat positif di atas persembahan cemerlang yang ditampilkan skuad negara. Namun, aksi tahun lalu tidak boleh memberikan jaminan dan bakal meneruskan aksi cemerlang dan mengelak daripada kehilangan mata dalam tiga perlawanan terakhir."
Editor: Ammar Hakim