Bila panggilan kebangsaan akan dibuat?
Itu reaksi pertama Liridon Krasniqi sebaik sah menjadi warganegara Malaysia tatkala Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan pemain tengah itu berkemungkinan besar dapat diturunkan ketika menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE), 26 Mac depan.
FAM menerima khabar gembira apabila Liridon secara rasminya menjadi warganegara Malaysia hari ini.
Bekas tonggak Kedah itu muncul pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh dan berpeluang memperkasakan skuad Harimau Malaya.
Pemain berasal dari Kosovo itu memperoleh kewarganegaraan melalui proses naturalisasi dan menerima kad pengenalan Mykad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya.
"Ketika bertemu saya buat kali pertama, dia tanya saya bilakah panggilan untuk menyertai skuad kebangsaan akan dibuat.
"Ia menunjukkan keterujaannya untuk menyarung jersi pasukan Malaysia.
"Liridon pernah mewakili Kosovo pada 2014 dan 2015 apabila beraksi dalam tiga perlawanan tidak rasmi bersama negara itu.
"Lagipun, pada masa itu Kosovo belum diiktiraf oleh FIFA," kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, di Wisma FAM, Petaling Jaya.
Mengikut perkiraan badan induk itu, tempoh lima tahun Liridon menetap di Malaysia berakhir pada 25 Mac 2020 dan dia kini hanya menunggu kelulusan akhir daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Ia berlaku lima hari selepas jendela pendaftaran pemain untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan sehari sebelum bertemu UAE di Dubai bagi kempen kelayakan itu.
"Kami mahu pengesahan secara hitam putih daripada FIFA yang membabitkan tempoh lima tahun (dia beraksi dalam Liga-M).
"Kami mahu memastikan pengiraan itu betul, jadi bolehlah kami daftarkan Liridon dalam pasukan kebangsaan," tambahnya.
Sementara itu, jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, berharap tempoh perkiraan Liridon menetap di Malaysia memihak FAM.
Ia untuk memastikan khidmat bekas anak buahnya itu dapat digunakan seawal mungkin, terutama ketika ujian getir bertemu UAE.
"Kalau ditakdirkan Liridon dapat beraksi kelak, ia akan memberi impak yang baik kepada pasukan kebangsaan dan dalam masa yang sama, Liridon mempunyak karakter, permainan dan motivasi yang tinggi.
"Saya harap ia dapat memberi kesan positif kepada pasukan kebangsaan."
Editor: Shaiful Shamsudin