Penyerang Manchester United, Marcus Rashford, mampu menyerap segala tekanan dan akan menjadi lebih berbisa di masa akan datang, demikian laungan amaran rakan sepasukannya, Jesse Lingard.
Pemain berusia 19 tahun itu sekali lagi muncul wira United dalam saingan Liga Europa (UEL), dengan sepakan percumanya memberi kemenangan 1-0 ke atas Celta Vigo dalam aksi separuh akhir pertama pada awal pagi semalam.
Dia telah menjaringkan 11 gol dalam semua kejohanan musim ini, termasuk jaringan kemenangan dalam masa tambahan ke atas Anderlecht untuk mara ke separuh akhir.
Lingard tidak memiliki sebarang keraguan bahawa kebolehan Rashford akan terus meningkat walaupun perhatian kini akan tertumpu kepadanya.
"Dia mampu menangani tekanan ini," kata Lingard kepada akhbar-akhbar UK.
"Rashford sudah lama mampu menangani tekanan beraksi di tahap yang tinggi.
"Dia menjaringkan gol yang penting buat United dan sekali lagi, dia memberikan kelebihan buat pasukan.
"Rashford masih lagi berkembang. Pengetahuannya mengenai bola sepak akan terus berkembang untuk menjadi pemain yang berkualiti."
Rashford telah dikritik dalam perlawanan berdepan Celta di Balaidos selepas dituduh melakukan jatuhan simulasi untuk memenangi penalti ketika seri 1-1 dengan Swansea City.
Lingard mempertahankan rakan sepasukannya itu dan memuji cara Rashford memberikan tindak balas terhadap kritikan tersebut di Sepanyol.
"Segalanya sebahagian daripada bola sepak. Dia akan terus menimba pengalaman yang baru.
"Setiap orang sentiasa memiliki pendapat mereka. Anda hanya perlu memberikan tumpuan kepada perlawanan akan datang dan Rashford bangkit dengan jaringan yang menakjubkan."
United kini menduduki tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang aksi berdepan Arsenal, esok.