Skip to main content

Bola Sepak

Lima perlawanan dipinda ekoran faktor logistik

mfl.jpg
Malaysian Football League telah mengemaskini jadual perlawanan Liga Super 2025-2026 selepas mempertimbangkan permohonan daripada kelab-kelab berikutan venue perlawanan terlibat dengan penganjuran acara peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta isu logistik.
 

i. Melaka FC lwn DPMM FC

Tarikh Asal: 28 Ogos 2025
Tarikh Baharu: 30 September 2025

Pindaan ini dimohon oleh Melaka FC selaku Pasukan Tuan Rumah (PTR) kerana venue asal PTR akan digunakan untuk Perlawanan AFC Women's Championship League 2025/26 pada tarikh tersebut.

ii. Kelantan The Real Warriors FC (TRW) lwn Penang FC

Tarikh Asal: 28 Ogos 2025
Tarikh Baharu: 30 Ogos 2025

Venue Asal: Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Venue Baharu: Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

Pindaan ini dimohon oleh Kelantan TRW selaku PTR kerana venue asal PTR akan digunakan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan & Majlis Istiadat Pemeriksaan Kehormatan sempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Kelantan Muhammad V yang ke-56. Penang FC akan menjadi PTR bagi perlawanan ini.

iii. Penang FC lwn Kelantan TRW | 31 Januari 2026

Venue Asal : Stadium Bandaraya, Pulau Pinang
Venue Baharu : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV

Kelantan TRW akan menjadi PTR bagi perlawanan ini.

iv. Negeri Sembilan FC lwn Kuching City FC

Tarikh Asal: 28 Ogos 2025
Tarikh Baharu: 29 Ogos 2025

Pindaan ini telah dimohon oleh Kuching City FC kerana kekangan logistik melibatkan Kuching City FC

v. DPMM FC lwn Kuala Lumpur City FC

Tarikh Asal: 20 September 2025
Tarikh Baharu: 22 September 2025

Pindaan ini dimohon oleh DPMM FC kerana terdapat kekangan logistik yang melibatkan majlis Negara Brunei Darussalam pada tarikh tersebut.

Advertisement

Must Watch Video