Juara Serie A musim ini berkebarangkalian ditentukan dalam sebuah perlawanan khusus pada minggu depan sekiranya Napoli dan Inter terikat sama di puncak liga.
Inter yang mengekori rapat pendahulu, Napoli, dengan jurang satu mata akan bertemu Como sementara seteru mereka itu perlu menghadapi Cagliari pada awal pagi Sabtu ini selepas pengelola memutuskan untuk mengadakan awal dua hari berikutan komitmen Nerazurri untuk menjalani persiapan menghadapi perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL) bertemu Paris Saint-Germain (PSG), dua minggu lagi.
Namun, tiada kelibat Antonio Conte dan Simone Inzaghi selepas kedua-dua pengurus Napoli dan Inter itu dilayangkan kad merah pada hujung minggu lalu atas reaksi keterlaluan di bangku simpanan.
Conte dan rakan sejawatannya di kem Parma, Cristian Chivu, masing-masing dihukum pengadil.
Dalam masa sama, perbalahan Inzaghi dan pengendali Lazio, Marco Baroni, di hujung perlawanan mengundang padah apabila menerima nasib yang sama.
Pengurus Milan, Sergio Conceiçao, turut dikenakan tindakan serupa akibat hilang sabar dalam kekalahan 1-3 kepada Roma dan mungkin sudah boleh mengemaskan beg ekoran gagal mengubah prestasi Milan sejak pelantikannya pada Januari lalu.