Lima pemain yang disenaraikan berpotensi diangkat sebagai pemain naturalisasi negara mempunyai peluang cerah untuk menyarung jersi Harimau Malaya berdasarkan prestasi mereka.
Namun, beberapa faktor seperti kecederaan dan dokumentasi menjadi penghalang untuk mempercepatkan proses yang membolehkan mereka beraksi untuk pasukan Malaysia.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi, berkata Jawatankuasa Program Naturalisasi telah menerima laporan penuh setiap pemain yang disenaraikan itu.
"Sebenarnya berdasarkan laporan ini, tidak banyak yang kita boleh ambil sebagai pemain naturalisasi kerana faktor seperti pertamanya tidak cukup tempoh lima tahun, dan beberapa perkara yang tidak menepati tahap yang kita mahukan.
"Kita mungkin perlu untuk berjumpa dengan kementerian berkaitan dan kalau kita lihat kepada pemain-pemain ini, memang layak untuk jadi warga negara Malaysia, terutama daripada segi prestasi.
"Selepas kita berjumpa dengan kementerian yang berkenaan, baru kita akan keluarkan nama-nama pemain yang akan kita proses untuk jadi pemain Malaysia," katanya.
Lima pemain yang ada dalam senarai panel pemilihan jawatankuasa itu adalah Liridon Krasniqi (Melaka), Guilherme de Paula Lucrecio (Kuala Lumpur), Romel Morales (PKNS FC), Ijezie Michael (UKM) dan Lee Tuck (Terengganu).
Ditanya mengenai status Liridon, Yusoff berkata bekas pemain Kedah itu menepati kriteria yang ditetapkan oleh FAM, namun masalah kecederaan yang dialaminya ketika ini memaksa badan induk itu membuat penilaian dengan lebih teliti.
"Apa yang merisaukan kita adalah tahap kecederaan beliau, sama ada pemain ini boleh pulih sepenuhnya ataupun tidak. Ini menjadi pertimbangan kita. Kita perlukan satu atau dua bulan lagi untuk pantau tahap kesihatan Liridon," katanya.
Selain faktor kecederaan, Yusuff yang juga pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi berkata masalah dokumentasi kini menghantui FAM dalam usaha melancarkan proses pemain naturalisasi negara.
"Saya boleh katakan banyak faktor dokumentasi yang bermasalah sekarang ini. Kalau yang layak dari segi yang tahun, ada pula benda lain seperti ada pemain yang pernah keluar meninggalkan Malaysia sekejap.
"Ini kita tengah bincang dengan AFC. Selepas kita dah meneliti kesemua faktor-faktor ini, baru kita akan umumkan siapa player naturalisasi kita," katanya.
Tuck antara pemain berpotensi yang dikatakan terpaksa melupakan hasrat menyarung jersi Harimau Malaya setelah gagal mengemukakan dokumen yang membuktikan dirinya mempunyai darah keturunan Malaysia.
Setakat ini, Mohamadou Sumareh adalah pemain naturalisasi pertama negara.
Untuk rekod, Junior Eldstal, Brendan Gan dan Matthew Davies diberi peluang menyarung jersi negara atas tiket sebagai pemain berdarah kacukan.
-- BERNAMA