PSG 1 MARSEILLE 0
Kylian Mbappe menyifatkan dakwaan bahawa dia akan meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) awal tahun depan sebagai "langsung tidak benar".
Mbappe, yang beraksi ketika PSG meraih kemenangan 1-0 ke atas Marseille dalam perlawnaan Ligue 1 di Parc des Princes awal pagi tadi, dikatakan berasa dikhianati oleh pengurusan tertinggi kelab itu.
Pemenang Piala Dunia berusia 23 tahun itu menandatangani kontrak barunya pada Mei lalu selepas berbulan-bulan dikaitkan untuk meinggalkan kelab berkenaan tetapi dia dikatakan masih tidak berpuas hati berikutan beberapa permintaannya berkaitan taktikal dan pengambilan pemain tidak dipenuhi.
Penasihat Bolasepak PSG, Luis Campos, menafikan segala dakwaan itu dengan berkata Mbappe tidak pernah memaklumkan kelab mereka mengenai niatnya itu sambil ketua jurulatih, Christophe Galtier, juga mengakui bingung dengan spekulasi berkenaan.
Pemain kebangsaan Perancis itu kini mula bersuara bagi menafikan dakwaan itu, yang terbit sehari sebelum perlawanan PSG menentang Benfica dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi Rabu lalu.
"Saya amat gembira, Saya tidak pernah meminta untuk meninggalkan pasukan ini Januari depan," katanya kepada media-media di Perancis.
"Info itu tiba sehari sebelum perlawanan, saya tidak faham. Saya langsung tidak terlibat dengan berita itu.
"Orang mungkin fikir saya terlibat tetapi saya benar-benar tidak terlibat, saya sedang berehat.
"Keluarga saya sedang menyaksikan perlawanan adik saya, semua yang menjaga saya tiada di sana, jadi kami agak terkejut apabila mengetahui mengenai berita itu.
"Selepas itu, kami perlu menghadapinya, ada perlawanan perlu dihadapi.
"Saya hanya mahu katakan yang ia langsung tidak benar dan saya amat gembira (di sini)," katanya.

This trio ❤️? pic.twitter.com/pF33WDxyxc
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) October 16, 2022