Skip to main content

Bola Sepak

Ligue 1: Mbappe amat gembira di PSG, mahu beraksi semusim lagi di Paris

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kylian-mbappe.jpg
Kylian Mbappe berkata dia amat gembira di Paris Saint-Germain (PSG) dan merancang untuk terus bersama kelab itu sehingga kontraknya tamat hujung musim depan.

Pemain berusia 24 tahun itu secara tiba-tiba menjadi rebutan dalam jendela perindahan musim panas ini selepas dilaporkan telah menghantar surat rasmi kepada PSG bagi memaklumkan bahawa dia tidak akan menghidupkan lanjutan kontraknya.

Ia bermakna dia boleh meninggalkan kelab itu secara perpindahan percuma dalam tempoh 12 bulan lagi, sekali gus memaksa pasukan Perancis berkenaan membuka perbincangan mengenai tawaran baru buatnya atau menerima tawaran tertinggi daripada pasukan lain sepanjang musim panas ini.
 
Real Madrid -- yang berusaha keras untuk menandatangani penyerang itu tahun lalu dan kehilangan khidmat penggempur utama, Karim Benzema, kepada kelab Arab Saudi, Al Ittihad, sudah pasti akan sekali lagi mengemukakan tawaran terbaik mereka tetapi Mbappe, dalam satu ciapan Twitter, berkata laporan yang mendakwa dia mahu menyertai pasukan gergasi Sepanyol itu musim panas ini merupakan satu penipuan.

Dia menambah: Saya sudah katakan yang saya akan terus bersama PSG musim depan, di mana saya amat-amat gembira."
 

Advertisement

Must Watch Video