PIALA MALAYSIA
Liga-M masih punya jiwa
Ketika ada yang berpandangan Liga Malaysia (Liga-M) kita sudah lagi tidak mendapat tempat di hati para penyokong, peminat Sri Pahang dan Sabah membuktikan sebaliknya.
Mana tidaknya, tiket aksi separuh akhir kedua Unifi Piala Malaysia di antara Sri Pahang menentang Sabah laku keras bagaikan pisang goreng panas.
3,000 tiket secara dalam talian habis dijual sehari sebelum aksi berlangsung.
Iklan
Tinjauan penulis ke kaunter tiket Stadium Majlis Perbandaran Temerloh yang mula dibuka pada jam 3 petang tadi juga menunjukkan hal yang sama.
Anggaran sebanyak 2,700 keping tiket secara fizikal habis dijual dan kaunter tiket ditutup sekitar jam 6 petang, manakala bakinya akan dijual keesokan harinya (Ahad) bermula jam 11 pagi.
🗣️ 'Untuk petang ni tiket dah habis...' - Abang Kaunter TiketDianggarkan sebanyak 2700 keping tiket telah pun terjual di kaunter Stadium MP Temerloh sejak jam 3 petang tadi.Kaunter tiket akan dibuka semula esok jam 11 pagi.Siapa cepat dia dapat 🏃🏻♀️💨@ASTROARENA pic.twitter.com/BETZBg7Tb4— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) February 1, 2025
Rata-rata penyokong yang ditemui penulis juga akui teruja dan tidak sabar untuk menantikan hari perlawanan antara Tok Gajah yang bakal melayani kunjungan Sang Badak.
Sejujurnya, penulis mengharapkan esok (Ahad) kita akan dapat melihat suasana 'full house' di Temerloh meskipun kapasitinya bukanlah berskala besar.
Apa yang lebih penting, semua peminat mahu menyaksikan separuh akhir klasik disajikan Sri Pahang dan Sabah.
Buat kedua-dua pasukan, 'Selamat Maju Jaya'.
Liga Malaysia... Masih ada jiwanya...
Must-Watch Video