Skip to main content

Bola Sepak

Liga Turkiye digantung selepas pengadil kena tumbuk

halil-umut-meler.jpg
Kancah domestik di Turkiye telah digantung selepas serangan memalukan dan tidak berperikemanusiaan ke atas salah seorang pengadil utama negara itu yang ditumbuk sampai tersembam oleh seorang presiden kelab selepas insiden perlawanan Super Lig berkenaan. 

Halil Umut Meler didekati di atas padang sebelum dipukul oleh Presiden MKE,  Ankaragucu Faruk Koca, mencetuskan suasana huru-hara tatkala pemain dan pegawai turut meluru untuk campur tangan. Halil kemudian disahkan mengalami patah tulang akibat serangan itu.

Meler bertindak membuang padang ke atas seorang pemain daripada setiap pasukan dan kemudian membenarkan gol penyamaan untuk lawan, Caykur Rizespor, mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-7 masa kecederaan.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, dipetik di media yang mengutuk serangan itu, dan Persekutuan Bola Sepak Turkiye dengan pantas mengumumkan penggantungan itu.

Presiden TFF, Mehmet Buyukeksi, turut mengutuk kejadian itu dan menyerah kes tersebut kepada polis.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video