KDA 0 PERAK 2
Perak menjadikan Kedah Darul Aman sebagai lubuk tiga mata pertama Liga Super menerusi dua penyudah, Lee Tae-min, dalam kejayaan di Alor Setar, sebentar tadi.
Pemain Korea Selatan itu mempamerkan ketenangan untuk menyambut hantaran jauh sebelum memperdayakan penjaga gol tuan rumah, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, untuk gol pertama Sang Seladang pada minit ke-16.
Namun, gol kedua pada minit ke-77 menjadikan kemenangan mereka lebih manis memandangkan ia hasil daripada gerakan sepasukan.
Kekebalan benteng Perak juga diuji dengan asakan bertali arus daripada barisan kendalian Nafuzi Zain itu, tetapi dinafikan oleh ketangkasan Ramadhan Hamid yang menutup segala ruang buat lawan.