Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, berkata pemain import baru pasukannya, Yohandry Orozco, memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana bola sepak di Malaysia sebelum dapat menyinar dalam aksi Liga Super bermula Jumaat ini.
Pengendali The Red Giants itu, yang akan membuka tirai Liga Super 2023 dengan bertemu Kelantan United FC hujung minggu ini, bagaimanapun percaya penyerang dari Venezuela itu mampu memberikan nilai tambah buat pasukannya.
"Dia memang sudah agak lewat daripada segi persiapan ketika kami menandatanganinya tetapi kami memang berharap dia dapat menyelesaikan masalah kami di bahagian serangan atau di bahagian tengah menyerang," kata Cheng Hoe kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Kami menjangkakan dia dapat memberikan kami pilihan terbaik di bahagian itu tetapi bukan mudah untuk dia menyesuaikan diri dengan pasukan dan budaya di sini dalam masa terdekat.
"Apa yang penting, kami memiliki keyakinan terhadapnya dan saya rasa secara keseluruhan, dia telah bermain dengan begitu baik dan kami tidak menjangkakan prestasinya meningkat seperti itu," katanya
Orozco diumumkan sebagai pemain import terakhir Selangor pada Khamis lalu.
Pemain berusia 31 tahun itu merupakan pengambilan terakhir The Red Giants musim ini selepas membawa masuk Ayron Del Valle, Ahmad Khuzaimi Piee, V. Ruventhiran, Faisal Halim, Noor Al-Rawabdeb dan Rauf Salifu.